berita

‘Walau Raga Kita Terpisah Jauh’ – Penyanyi Lagu Hits Aishiteru Bakal Berdepan Hukuman Mati

March 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Suatu ketika dahulu lagu hits Aishiteru nyanyian Zivilia sentiasa kedengaran disetiap corong radio. Kumpulan ini yang dibarisi 4 anggota sentiasa menjadi kegilaan remaja zaman itu dengan keunikan suara dan lagunya. Namun, volkalis kumpulan ini iaitu Zulkifli atau lebih mesra dikenali sebagai Zul telah ditahan pihak polis Indonesia dan bakal dijatuhi hukuman mati mandatori.

Menurut Tribunnews, dia ditahan di Apartment Gading River View, Kelapa Gading, Jakarta Utara pada Jumaat yang lalu bersama tiga orang rakannya yang lain kerana didapati menagih dan mengedar dadah jenis syabu dan ekstasi.

Saya kesal dengan perbuatan ini

Dia mengaku menyesal kerana menagih dan mengedar dadah jenis syabu dan ekstasi ketika ditemu bual oleh media di Polda Metro Jaya, Jakarta Selatan. Dia turut mengatakan bahawa ini semua kesilapan diri dan pilihan jalan hidupnya, jadi dia harus menanggung segala hukuman yang bakal menimpa.

Terpaksa lakukan atas desakan hidup

Dia turut memberitahu atas dasar desakan hidup dia terpaksa melakukan kerja ini. Dia ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi yang siap sedia untuk diedarkan. Hasil siasatan awal mendapati, dia baru dua kali terlibat dalam pengedaran dadah.

Boleh dijatuhi hukuman mati

Jika disabitkan kesalahan, Zul boleh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun.

Sumber: Tribunnews

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×