Menjadi seorang tenaga pengajar lebih-lebih lagi yang mengajar pelajar kurang upaya adalah satu amalan mulia. Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk berdepan dengan pelajar sebegini.
Melalui sebuah perkongsian di laman Twitter, seorang guru muzik memuat naik sebuah video yang menunjukkan simulasi para guru bersama pembantu pengurusan murid (PPM) dalam mengendali pelajar yang ada masalah Learning Disabilities (LD) dengan kaedah norma baharu.
Video Simulasi Kaedah Norma Baharu
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Stefanus Lucas yang juga merupakan seorang guru muzik dari Sabah, memuat naik sebuah video simulasi para guru yang berdurasi hampir 2 minit di akaunnya bagi menunjukkan kesungguhan para guru dalam mengendali pelajar LD.
Ini bukan simulasi sahaja tetapi latihan khusus Guru dan PPM bagaimana mengendali Murid Ketidakupayaan Pembelajaran dalam kaedah normal baharu. Video ini bukan bertujuan untuk lucu-lucu tapi realiti keadaan sebenar yang kami hadapi??? Kami perlu bersedia? pic.twitter.com/VR6z7IUMMi
— Stefanus Lucas (Official account) (@LucasStefanus) July 2, 2020
Berdasarkan video tersebut, dua orang berdiri di sebelah satu sama lain dan setiap seorang akan memakai tag PPM dan tag LD bagi mewakili peranan masing-masing ketika menjalankan simulasi. Mereka perlu berada dalam line beratur sebelum dibawa masuk ke kelas.
Mereka juga perlu patuh pada SOP yang telah disediakan kerajaan setelah pengumuman sekolah dibuka kembali. Simulasi tersebut dilakukan bagi menjalani tempoh persekolahan dalam kaedah norma baharu.
Realiti Keadaan Sebenar
Berdasarkan video tersebut mungkin anda akan merasakan situasi itu seperti perkara lucu, tetapi jangan salah anggap kerana apa yang berlaku itu adalah sebenarnya realiti keadaan sebenar yang guru guru hadapi ketika berdepan dengan pelajar-pelajar LD ini.
Ternyata melalui video tersebut, ramai yang mengagumi usaha guru-guru untuk mengadakan video simulasi seperti itu. Ramai warganet memuji tindakan tersebut malah juga memuji pengorbanan mereka yang bergelar guru.
Sumber : Stefanus Lucas