berita

“Walaupun Pernah Menyakiti Hati Isteri, Dia Tetap Ada Bersama Saya Sehingga Kini”

November 29th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Alam perkahwinan mengajar setiap pasangan tentang erti tanggungjawab yang perlu dipukul selain saling membantu antara satu sama lain ketika berdepan dugaan hidup. Seperti perkongsian lelaki ini, dia memberitahu bahawa dirinya sering diuji selepas mendirikan rumah tangga. Namun, doa dan kesabaran isterinya semasa itu berjaya membuatkan dirinya pulang ke pangkal jalan.

Doa seorang isteri

https://www.instagram.com/p/B5XkHmyllhj/

Menerusi Instagram Ustaz Ebit Lew, lelaki berkenaan kelihatan sedang menangis sehingga kehilangan kata-kata sewaktu berkongsi kisah hidupnya di hadapan orang ramai ketika program ‘Keluarga Sunnah’ baru-baru ini. Menurut lelaki itu, dia sering menyakiti hati isterinya serta terleka dengan kehidupan duniawi. Tambahnya, sampai suatu masa dirinya baru tersedar bahawa pelbagai perkara buruk telah dilakukan oleh dirinya.

Pada masa yang sama, lelaki itu turut memberitahu bahawa berkat kecekalan dan bimbingan isterinya, dia berjaya pulang ke pangkal jalan. Ustaz Ebit turut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu sambil mengatakan bahawa setiap orang pernah melakukan kesilapan tetapi Allah itu Maha Pengampun.

Hargai selagi masih ada

Rata-rata netizen terharu dan bersyukur bahawa lelaki tersebut sedar akan kesalahan yang dilakukan. Menurut netizen, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun peluang yang diberikan oleh isterinya haruslah dihargai.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×