Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa sebak kerana suaminya, Muhammad Farizat masih berfikir soal rezeki meskipun keadaan kesihatan belum pulih lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syura Kongsi Keadaan Suami Di Hospital, Wajah & Tangan Dibalut – ‘Percayalah Akan Ada Pelangi Untuk Kita Nanti’
Artikel Berkaitan: Suami Syura Badron Masuk Hospital, Alami Lecur Teruk Akibat Letupan Gas Memasak – ‘Semoga Ada Hikmah Di Sebalik Ujian Ini’
Artikel Berkaitan: Syura Badron Menangis Besarkan Anak, Mengaku Badan Sakit & Tak Cukup Tidur
Untung saya sebagai isteri
Menurut Syura, dia seorang isteri yang sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat mengambil berat mengenai keluarga dan perniagaan yang diusahakan.
Walaupun suami tengah dalam kesakitan, dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami. Tak pernah lupa tanya mengenai staf dia yang tengah bekerja. Hari-hari dia tanya staf okey tak, sale okey tak dan stok okey tak?
Ujar Syura, dia sempat berpesan kepada suaminya agar percaya pada rezeki Allah.
Staf kita akan buat sehabis baik. Paling penting awak sihat sepenuhnya. Kita boleh berniaga bersama-sama macam dulu.
Tak pernah henti berfikir
Terdahulu, Syura memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis pada Jumaat lalu.
Sumber: Syura