Umum mengetahui, penyanyi Liza Hanim mengalami masalah kesihatan dan hilang suara pada minggu lalu ketika menjayakan konsert minggu kesepuluh All Stars Gegar Vaganza.
Berikutan daripada masalah tersebut, pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ ini meraih kedudukan dua terbawah dan nyaris menjadi mangsa penyingkiran.
Artikel Berkaitan: Hadiah Buat Peminat, ‘Liza Hanim 27 Years Journey In Concert’ Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur, Februari Ini!
Dugaan yang sangat besar
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik Liza Hanim di Instagram, ibu kepada lima orang cahaya mata ini berkata dia sudah berusaha sehabis baik untuk menyampaikan lagu ‘Samudera’ dan ‘Ya Ladan’.
Tambah Liza dalam keadaan sebak, dia ingin memohon maaf kepada penyokongnya kerana tidak dapat memberikan yang terbaik.
Alhamdulillah dah selesai buat persembahan minggu ini. Minggu yang sangat mencabar untuk saya dan dugaan yang sangat besar. Tapi kita kena teruskan. Moga-moga ada rezeki saya untuk minggu ini pula. Kepada penyokong saya, maaf saya tak bagi sebaik yang mungkin untuk kamu semua, tetapi saya cuba yang terbaik. Jadi, InsyaAllah kalau ada rezeki ada okay.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat berdoa agar Liza Hanim sihat dan bangkit semula untuk menjayakan konsert minggu separuh akhir ini.
Sumber: Liza Hanim