berita

‘Saya Bukan Nak Masuk Pertandingan Ratu Cantik’ – Liza Hanim

October 2nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ iaitu Liza Hanim memberitahu kepada rakan media bahawa dia akan terus bersuara serta melawan segelintir netizen yang menjadikan rupa paras dan saiz badan sebagai bahan ejekan terutama di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cindai’ Versi Liza Hanim Buat Peminat Tak Boleh ‘Move On’, Sedap!

Artikel Berkaitan: ‘Kesal Dengan Netizen Yang Konon Pandai Tapi Terserlah Kebodohan’ – Siti Nurhaliza ‘Back Up’ Liza Hanim

Artikel Berkaitan: Liza Hanim Dikutuk Muka Berlubang & Hidung Kembang – ‘Tergamak Komen Begini, Tak Bertimbang Rasa’

Tak fikir akibat buruk

Menurut Liza, dia berasa sangat terkilan apabila ada individu pengecut yang hanya berani mengutuk dan mengejek tanpa memikirkan akibat buruk yang boleh terjadi terhadap si penerima.

Memang ramai yang suka mengejek tanpa memikirkan akibat. Lepas komen, mereka terus lesap. Tak bertanggungjawab, tak terfikir ke tentang kesan hinaan tersebut kepada orang yang menerima? Kesan itu sangat buruk. Saya seorang yang positif. 27 tahun dalam industri, dah tak kuasa sebenarnya saya nak layan isu sebegini.

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ada masalah mental? Boleh trigger anorexia, self-harming tau! Sangat tidak baik buat macam itu.

Janganlah nilai anak seni hanya dari segi rupa. Sudah-sudahlah. Lihatlah bakat yang mereka ada. Berilah komen beradab. Kita ini orang yang ada adab, tertib, ada kesopanan dan kesusilaan. Jangan merendahkan martabat diri.

Disoal mengenai sama ada bakal mengambil tindakan undang-undang ataupun tidak mengenai apa yang berlaku terhadap dirinya minggu lalu, Liza berkata dia tidak akan mengambil sebarang tindakan udang-undang kerana telah lali menerima kecaman sebegitu sejak mula bergelar anak seni.

Namun, dia berharap agar orang ramai mengambil iktibar dan tidak menjadikan rupa paras atau saiz badan sebagai bahan ejekan.

Saya bukan baru menyanyi, sejak dulu sudah kena pun. Tetapi saya di didik dalam keluarga yang cukup kasih sayang, sentiasa ada sistem sokongan yang kuat. Bohonglah kalau saya tak terasa, tetapi makin lama, saya seperti tidak kisah. Saya bukan hendak masuk pertandingan ratu cantik. Saya nak menyanyi dan menghiburkan peminat.

Saya juga bangga bila ramai rakan artis bangkit bersuara isu ini. Jangan bunuh keyakinan orang lain dengan sikap pengecut anda. Simpan sikit.

Terdahulu, ibu kepada lima orang cahaya mata ini meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang mengutuk rupa parasnya serta mempertikaikan kualiti suara yang dimiliki.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×