berita

Walkathon Bersama Jejaka Hensem, Kevin Zahri

March 7th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Kevin

Duta kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi kerana pembabitannya dalam bidang kesihatan sering menjadi tumpuan masyarakat.

Terbaru, Kevin akan bersama-sama peminat dalam satu acara santai secara sihat sambil beramal melalui program anjuran Aqsa Syarif Berhad.

Untuk pengetahuan, program ini diberi nama ‘Rose2Rose Walk For Humanity’ dan bertujuan untuk mensasarkan sebanyak 1.5 juta untuk diagihkan kepada setiap negara iaitu Palestin,Syria dan Rohingya.

Kevin

Kalau nak tahu, prohram ini akan diadakan pada 16 Mac 2014 bersamaan hari Ahad di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang beriadah bersama Kevin Zahri ini, manalah tahu boleh dapat pelbagai tips kesihatanlah dari Kevin nanti kan?

Jom kita sama-sama kita isikan pagi Ahad dengan acara berjalan kaki bersama ahli keluarga sambil membantu saudara-saudara kita di Syria, Palestin dan Rohingya.

Kepada anda yang berminat, yuran oenyertaan adalah sebanyak RM48 seorang dan layari Official Facebook Page mereka untuk keterangan lanjut.

SKIP THIS AD ×