berita

‘Wallahi, Aku Mencintaimu Kerana Allah’ – Ucapan Anniversary Bersemut Leez Rosli buat Suami Tercinta, Aepul Roza

December 28th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hari ulang tahun perkahwinan sudah tentu merupakan hari paling istimewa  buat setiap pasangan mengimbau semula memori pahit manis yang telah dilalui sepanjang hidup bersama. Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya dan setiap pasangan pasti mengimpikan hidup bahagia sehingga akhir hayat.

27 Disember merupakan hari bersejarah buat pasangan Leez Abdullah dan Aepul Drama Band apabila disatukan pada tarikh tersebut. Kini usia perkahwinan mereka sudah menjangkau tiga tahun. Paling mencuri tumpuan apabila Leez dan Aepul dilihat saling membalas ucapan sweet di Instagram mereka.

‘Not too tall,dark and hansome man’

Our journey still jauh..ada byk lg yg nak kami ragui (sila tabah seumur hidup yer.. ?) ada byk lg yg nak d argue kan(walaupun kita both spesies xsuka nk bebel2 ?),ada byk lg yg nak d sabar kan, n ada byk lg kebahagiaan yg nak d kongsi kan bersama,inshaAllah.. but wallahi,aku mencintaimu kerana Allah SWT.. ?? hope ampa xmenyesal kahwin dgn kami,sbb kami xpernah menyesal punya suami mcm ampa.. ? Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perkahwinan/keluarga kita ini,sehingga d kurnia kan mawaddah warahmah.. Happy 3rd Annyversary my bestfriend, my ex fiance,my not too tall, dark and handsome man..aauummmm!!!

Pantun Aepul

Happy 3rd year my love.
Thank you for being a perfect wife to me, and a perfect mom to Alisha.
Pen merah pen biru,
Pen hitam pen jingga,
Umi Alisha Ailebiu,
Jom makan ketam, ai belanja.

Respon Netizen

Alahai bersemut betul Admin baca ucapan mereka ini. Malah, bukan Admin sahaja yang rasakan ucapan mereka ini sweet dan romantik, tetapi peminat mereka turut mengatakan perkara yang sama. Di kesempatan ini, Admin juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke -3 buat pasangan Leez dan Aepul ini.  Semoga rumah tangga mereka sentiasa diulit  rasa bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: Leez Rosli, Aepul Roza

SKIP THIS AD ×