berita

Wan Maimunah & Suami Dikatakan Sudah Bercerai?

June 22nd, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-06-22 at 10.50.58 AM

Terkejut kami mendengar khabar berita ini apabila pelakon veteran, Wan Maimunah dan suaminya yang baru sahaja bernikah pada 14 Disember 2013 dikatakan sudah bercerai.

Screen Shot 2015-06-22 at 10.49.50 AM

Memetik berita TV Selatan:

Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 62, didakwa kini sudah tidak lagi bersama suaminya seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol yang popular di bandaraya ini.

Pasangan itu yang dinikahkan pada 14 Disember 2013 di sebuah hotel di Johor Bahru dikatakan sudah berpisah sejak beberapa minggu lalu, dan pelakon itu kini kembali ke Kuala Lumpur.

TV Selatan cuba menghubungi pelakon yang pernah memenangi Anugerah Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular untuk lima tahun berturut sejak 1992 itu, tetapi gagal.

TV Selatan kemudian menghubungi Makpol Saimon, 55, untuk mengesahkan status hubungan mereka, bagaimanapun pengusaha Kacang Pol itu hanya tergelak dan enggan mengulas lanjut.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×