berita

Wan Shade Tetap Saman!

July 5th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Melalui artikel terbitan sebuah blog berjudul, “Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?”, tanggungjawab sosial penyanyi ini yang turut memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak telah tercemar dan dipersoalkan kerana ia melibatkan satu tuduhan yang amat berat. Susulan daripada itu, Wan Shades pernah memaklumkan kepada OHBULAN! bahawa beliau tidak teragak-agak untuk menyaman blog terbabit sekiranya tiada permohonan maaf daripada mereka dalam masa 7 hari melalui artikel bertarikh 24 Februari 2012.

Hari ini, laporan Mstar menyebut penyanyi kumpulan Shades, atau lebih dikenali sebagai Wan Shades tetap meneruskan hasrat beliau untuk menyaman blog berkenaan yang menfitnah beliau sebagai suspek kes rogol, walaupun permohonan maaf sudah pun dikemukakan oleh pemilik blog berkenaan melalui program Awal Lagi siaran TV9, baru-baru ini.

Wan Shades bertegas untuk berbuat demikian kerana berasa kecewa dengan pihak berkenaan yang hanya memohon maaf di depan kamera dan memandang enteng akan perkara ini. Walau bagaimanapun, beliau sebagai orang Islam menerima permohonan maaf pemilik blog terbabit dan tindakan untuk meneruskan saman ini adalah sebagai satu pengajaran kepada semua pemilik media agar lebih beretika ketika menulis.

Selain itu, Wan Shade menafikan bahawa tindakan beliau ini adalah semata-mata untuk mencari publisiti, sebaliknya demi menegakkan keadilan.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×