berita

‘Wang Ini Jadi Satu Beban Buat Kami..’ – Tersilap Transfer ‘Duit Mak’, Mohd Redha Dicari

November 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebagai Muslim, kita diwajibkan untuk mencari rezeki dari sumber yang halal. Menggunakan hasil haram untuk diri sendiri ataupun keluarga akhirnya akan menjadi darah daging seterusnya mempengaruhi diri kita di masa depan.

Tidak mahu termakan duit yang bukan haknya, seorang guru mencari individu yang tersalah memasukkan wang ke akaunnya.

Tersilap transfer RM300

Wanita berkenaan, Fatimah Salma Mohammed memuatnaik status Facebooknya untuk menjejak Mohd Reza bin Mohd yang telah tersilap menyalurkan wangnya ke akaun suaminya. Menurut Fatimah, dia sudah berurusan dengan pihak bank untuk mencari lelaki itu namun masih tidak berjaya.

Dalam urusniaga akaun bank suaminya itu, Mohd Reza menyalurkan duit berjumlah RM300 pada 6 September lalu. Tambah menyayat hati, wang berkenaan diletakkan label sebagai ‘duit mak’.

‘Bagaimana jika kami dijemput Allah?’

Menurut Fatimah, suaminya tidak menyedari hal itu sehinggalah menerima penyata akaun dari pihak bank tempoh hari.

Suami saya pergi bank bertanya tetapi bank tak dapat bagi maklumat kerana menurut kakitangan di sana transaksi dibuat di mesin ATM.

Kata pihak bank, kena tunggu individu itu menuntut wang tersebut kerana pihak bank tidak boleh berikan butiran pelanggan, tapi kami hairan macam mana dia (Mohd Redha) nak cari kami?

Ujar guru ini lagi, duit RM300 berkenaan bukan miliknya sekaligus membuatkan dia suami isteri sayu memikirkan jika wang berkenaan benar-benar diperlukan.

Wang ini bukan milik kami, apa lagi tertera perkataan ‘duit mak’. Sedih kami membayangkan duit itu untuk ibu sendiri yang mungkin sangat memerlukan. Bagaimana jika kami tiba-tiba dijemput Allah, apa nasib kami nanti?

Sumber: MstarFatimah Salma Mohammed

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×