Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita, pihak polis mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah memakai pelitup muka di tempat awam, mengamalkan penjarakan sosial dan mengimbas kod MySejahtera jika memasuki mana-mana premis.
Artikel Berkaitan: Tak Imbas Kod MySejahtera Masa Nak Keluarkan Duit, RM1,000 ‘Melayang’!
Artikel Berkaitan: Tak Sampai Seminit Buka Mask, Pelakon Lelaki Didenda RM1,000
Namun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai KakTi, meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah disaman oleh pihak polis atas alasan tidak memakai pelitup muka sewaktu keluar dari kenderaan untuk mengambil anak di kerusi sebelah.
Kisah tersebut diceritakan menerusi satu thread ringkas yang memperoleh 1.5k tanda retweet.
Kena saman RM1k
Kisahnya bermula apabila wanita ini, keluar dari kenderaannya bagi mengambil anaknya yang berada di tempat duduk penumpang. Namun, tindakannya ketika itu telah disaman oleh pihak polis atas alasan tidak memakai pelitup muka.
Wanita itu juga berasa ‘bengang’ dan cuba mempersoalkan tindakan pihak polis, kerana dia tidak berada di tempat awam. Malahan, wanita ini turut mempertahankan dirinya tidak wajar untuk disaman ketika itu. Tidak berakhir di situ, ketika kejadian semua kedai berhampiran dengannya tidak beroperasi seperti biasa.
Pada masa yang sama, sebelum ini Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, menjelaskan seseorang itu perlu memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak.
Orang ramai tidak perlu pakai pelitup muka di tempat awam jika hanya bersendirian dan kawasan itu tidak bersesak.
Pada masa yang sama, wanita itu meminta supaya pihak kerajaan tidak ‘berat sebelah’ dan wujud double standard sewaktu mengenakan kompaun kepada orang awam.
Tempat diwajibkan memakai pelitup muka
Sumber: KakTi