berita

Wanita Bersalin Dalam Kereta Selepas Tersekat Dalam Sekatan PKP Selama 2 Jam

April 21st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar kerajaan telah memaksa pihak berkuasa untuk melakukan lebih banyak sekatan jalan raya di Malaysia. Sekatan jalan raya dilakukan bagi menghalang individu yang ingkar PKP untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang dibenarkan.

Oleh sebab sekatan sekatan jalan raya, beberapa laluan utama dilaporkan sesak. Menerusi laporan Harian Metro, seorang wanita terpaksa mengharungi detik cemas apabila terpaksa bersalin di dalam kereta selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas lebih dua jam.

Tersekat selama 2 jam

Ketika itu, dia (Norzie) mengadu sakit perut dan memaklumkan ia tanda-tanda awal bersalin sebelum kami bertiga bertolak dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Batu 8, yang terletak 14 kilometer dari Hospital Tawau.

Menurut bapa kepada wanita mengandung berkenaan, dia bersama anaknya dalam perjalanan ke Hospital Tawau terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama lebih dua jam. Ketika kejadian, anaknya mengadu sakit perut dan menunjukkan tanda-tanda awal bersalin.

Bayi selamat dilahirkan

Bagaimanapun terdapat pesakit lain dalam ambulans itu namun kami dibenarkan mengekori pergerakan (ambulans) dari belakang bagi mempercepatkan perjalanan ke hospital.

Walau bagaimanapun, semasa berada dalam kesasakan itu, sebuah ambulan kebetulan berada di tempat kejadian. Dia kemudiannya mengekori ambulan berkenaan ke hospital kerana ambulan tersebut membawa pesakit lain. Dia turut bersyukur kerana anaknya bersama cucunya selamat dan telah dimasukkan ke dalam wad bagi pemeriksaan lanjut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×