berita

Wanita Buat Laporan Polis ‘Ah Long’ Datang Baling Ikan Pekasam Nak Minta Hutang

July 28th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang ibu tunggal di Thailand membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk oleh orang suruhan ah long yang bertindak melempar dan melumur ikan pekasam ke seluruh peralatan rumahnya.

Terpaksa duduk rumah kawan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Daily Star, Peeyanapa Khondee, 45 tahun, membuat laporan di balai polis Bueng Sam Phan selepas seorang pengutip hutang berbuat demikian sebagai cara untuk memaksa dia membayar wang pinjaman.

Menurutnya, rumahnya dipenuhi dengan ‘pla ra’, sejenis ikan yang diperam selama berbulan-bulan dan dicampur garam serta beras, sehingga menghasilkan bau busuk yang amat kuat.

Peeyanapa berkata, akibat daripada tindakan tersebut, dia terpaksa membawa keluar katil dan peralatan elektrik disebabkan bau yang meloyakan.

Menurut jiran-jiran, sebuah kenderaan Mitsubishi berwarna hitam diletakkan di hadapan rumah Peeyanapa ketika dia tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Turut dilihat seorang lelaki memasuki rumah tersebut sambil membawa beg plastik, kemudian berlalu pergi dari situ dengan memandu kenderaannya.

Peeyanapa yang juga ibu kepada tiga anak itu mengakui bahawa dia dan anak-anak terpaksa tinggal di rumah rakannya selama lebih setengah minggu selepas diancam kumpulan ah long tersebut.

Peeyanapa, seorang penjual ikan masin di sebuah pasar berkata, dia meminjam wang berjumlah 4,000 baht (RM486.24) dengan bayaran balik sebanyak 200 baht (RM24.31) sehari pada kadar faedah 20 peratus sebulan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×