berita

Wanita Buat Laporan Polis Selepas Foto Dirinya Viral Di Facebook Dituduh Curi Emas RM10k

January 24th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita dikatakan menjadi buruan polis selepas didakwa mencuri di sebuah kedai emas di Kelantan. Namun, wanita yang didakwa mencuri seutas gelang tangan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu itu dikatakan telah di fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menerusi Facebook Muhammad Hafiz, wanita yang didakwa mencuri itu telah membuat laporan polis berhubung isu fitnah ke atas dirinya yang telah viral di laman sosial dan portal berita.

Didakwa menyamar nak jual emas

Laporan akhbar tempatan mendakwa terdapat kes kecurian yang berlaku di Kota Bahru, Kelantan dengan memaparkan wajah wanita berkenaan. Wanita tersebut yang memakai blaus ungu gelap dengan tudung bercorak bunga dikatakan menyamar untuk menjual rantai miliknya sebelum didakwa melarikan barang kemas. Menurut laporan akhbar, suspek melarikan diri semasa pemilik kedai sedang leka serta pada masa yang sama almari pameran tidak berkunci.

Tak mencuri emas seperti didakwa

Sehubungan dengan itu, wanita yang didakwa mencuri itu tampil bersama laporan polis kerana dia dikatakn telah difitnah. Berdasarkan laporan polis yang dibuat wanita berkenaan, tujuan dia datang ke kedai ini adalah untuk melihat barang-barang kemas. Dia terkejut apabila wajahnya sedang duduk di kaunter pameran menjadi viral kerana didakwa mencuri barang kemas seberat 42.78 gram.

Nama baik menjadi buruk

Sehubungan dengan itu, dia yang telah difitnah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya kembali. Wanita itu turut bimbang akan keselamatan diri dan keluarga selepas berita yang mendakwa dirinya mencuri emas itu tersebar di internet.

Sumber: Muhammad Hafiz

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×