berita

Wanita Cari Suami Hilang Selepas Bertengkar

March 30th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang wanita dilaporkan telah gagal mengesan suaminya selepas berlaku pertengkaran dengan lelaki tersebut sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: Hilang RM50, Allah Hantar Nabil Ahmad Ganti RM100

Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Buah Zakar Akibat Dipukul Polis

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya

Kehilangan suami

Memetik laporan Kosmo, lelaki berkenaan dikenali sebagai Sharul Hanif Hasran, 25. Dalam pada itu, berdasarkan kenyataan Polis Kuala Lumpur, kali terakhir lelaki itu dilihat di Stesen Bas Jalan Pasar selepas bertengkar mulut dengan isterinya.

Seorang wanita warga tempatan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya pada 22 Mac lalu. Kali terakhir wanita itu melihat suaminya di stesen bas Jalan Pasar.

Difahamkan, lelaki tempatan berusia 25 tahun itu masih belum ditemui sehingga hari ini. Susulan daripada itu, Polis Kuala Lumpur memohon bantuan daripada orang awam untuk mengesan kehilangan lelaki tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Tun H.S. Lee, Mohd. Al Hafis Jaafar, di talian 03-92212222 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×