Di Kentucky, United States, seorang wanita memutuskan untuk bercerai dengan suaminya selepas bertemu cinta baru yang disangka pelakon drama Stranger Things.
Artikel Berkaitan: Wanita Terima Bayaran Hampir RM14,000 Jadi Isteri Pengganti – ‘Tonton Perlawanan Bola Sepak Tanpa Mengeluh’
Bercinta melalui atas talian
Memetik laporan Wolipop, wanita yang dikenali sebagai McKala mendakwa bahawa dia mempunyai hubungan dengan artis Dacre Montgomery melalui atas talian.
Menurut ibu kepada satu anak itu, mereka pernah bertemu dan dia diminta untuk tidak mendedahkan hubungan mereka kerana pelakon tersebut mempunyai teman wanita iaitu Liv Pollock.
Dikatakan, lelaki yang didakwa sebagai Dacre pernah meminta wang berjumlah $10,000 (RM46,605).
Selepas setahun menjalinkan hubungan, McKala berasa curiga melihat Dacre masih bersama teman wanitanya. Kemudian, menceritakan kisah tersebut dalam sebuah rancangan Catfish di YouTube dan akhirnya terbukti bahawa kewujudan Dacre yang dimaksudkan tidak nyata.
Selepas mendengar perkara tersebut, McKala meluahan rasa menyesal atas perlakuannya dan trauma.
Cinta membuatkan anda melakukan perkara gila, bodoh dan tidak rasional.
Sumber: Wolipop