Seorang wanita diserang dengan kejam dan dibogelkan kerana enggan membayar hutang pinjaman yang diambil suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tanggung Beban Hutang RM1 Juta, Pemuda Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Artikel Berkaitan: Dakwa Ganggu Teman Wanita & Enggan Bayar Hutang, Lelaki Bunuh Rakan Sekerja Siap Simen Kubur
Belasah dengan kayu
Menerusi laporan NDTV, suami mangsa telah meminjam wang daripada orang yang berpengaruh di kampung mereka.
Polis melaporkan, suami wanita itu meminjam sebanyak ? 1,500 (bersamaan RM84.41) daripada Pramod Singh di kampung Mosimpur daerah Patna.
Difahamkan, pasangan itu telah membayar balik jumlah keseluruhan, tetapi Pramod Singh telah menuntut faedah tambahan ke atas pinjaman itu.
Apabila pasangan itu enggan membayar, Pramod Singh, anaknya dan pembantu mereka telah menyerang dan bertindak membogelkan wanita terbabit.
Dalam aduannya, wanita itu mendakwa Pramod Singh, anaknya, Anshu dan empat lelaki lain memaksanya untuk mengikut mereka ketika dia berada di luar rumah.
Mereka bertindak membelasah dengan kayu dan membogelkannya di tempat terpencil di kampung itu. Kemudian, Pramod Singh meminta Anshu membuang air kecil ke dalam mulut wanita tersebut.
Walau bagaimanapun, wanita itu berjaya melarikan diri. Ahli keluarganya juga berkata mereka keluar mencarinya sekitar tengah malam, dan mendapati dia berlari ke arah rumah dalam keadaan bogel.
Berikutan daripada itu, wanita tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan sedang dirawat di hospital.
Sumber: NDTV