Foto: Daily Star UK
Seorang pelancong wanita dari Shanghai, China dilapor telah diculik dari sebuah kelab malam di Filipina. Lebih mengejutkan apabila si penculik tergamak mengurung mangsa di dalam sangkar anjing selama 20 hari.
Mangsa culik dikurung dalam sangkar anjing
Foto: Daily Star UK
Memetik laporan Daily Star UK, mangsa dikatakan telah diterkam oleh suspek ketika dia bersama seorang rakannya di sebuah kelab malam di Pampanga, Filipina pada 17 Oktober lalu. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah di Barangay Alangilan sebelum dia dikurung di dalam sangkar anjing selama tiga minggu.
Menurut sumber, teman lelaki mangsa telah menerima satu video dari nombor tidak dikenali yang memaparkan teman wanitanya itu dipukul dengan kayu besbol. Tambahnya lagi, suspek telah menghubunginya meminta wang tebusan sekitar £180,000 bersamaan RM 945,510 untuk kebebasan teman wanitanya itu.
Difahamkan, polis berjaya menyelamatkan wanita itu selepas dia melarikan diri daripada si penculik. Susulan daripada penemuan mangsa, polis bertindak menyerbu lokasi mangsa diculik, tetapi suspek telah melarikan diri. Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis masih berusaha menjejaki suspek.
Sumber: Daily Star UK