berita

Gigit Tangan Individu Tekup Mulut, Kanak-Kanak Dakwa Didekati Lelaki Ketika Pulang Sekolah

September 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki didakwa menggigit tangan seorang individu lelaki yang cuba menutup mulutnya ketika dia pulang dari Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja, Rawang, pada 26 September lalu.

Artikel Berkaitan: Polis Nafi Kes Culik Enam Kanak-Kanak Untuk Penjualan Organ

Artikel Berkaitan: Dua Murid Sekolah Rendah Hampir Diculik Di Luar Pagar Sekolah

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Jadi ‘Hero’ Selamatkan Rakan Daripada Diculik Berhampiran Sekolah

Gigit tangan lelaki tekup mulut

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu hendak membeli aiskrim berhampiran sekolahnya. Namun secara tiba-tiba, tangannya dipegang oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Malah menerusi laporan polis yang dibuat ibu mangsa, lelaki itu dikatakan cuba menutup mulut anaknya namun anak lelakinya itu bertindak pantas dengan menggigit tangan lelaki terbabit. Difahamkan, ketika kejadian, tiada seorang pun saksi yang berada di kawasan berdekatan. Lelaki itu kemudian disyaki melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan masih dijalankan. Dalam pada itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau tanggapan berhubung kejadian ini sehingga siasatan selesai.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×