berita

Wanita Ditahan Pihak Polis, Bawa Pak Cik Dah Tak Bernyawa Ke Bank Untuk Buat ‘Loan’

April 19th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang wanita di Brazil ditahan pihak polis selepas tindakannya membawa mayat seorang lelaki yang dipercayai merupakan bapa saudaranya ke sebuah bank berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Artikel Berkaitan: Tak Nak Kerja Bertambah, Wanita Racun Kawan Hamil Supaya Tak Dapat Cuti Bersalin

Tipu nak buat ‘loan’

Memetik laporan TMZ, wanita yang bernama Erika de Souza Vieira Nunes itu dilihat membawa bapa saudaranya yang sudah tidak bernyawa dengan menggunakan kerusi roda ke sebuah bank yang terletak di Rio de Janeiro.

Difahamkan wanita berusia 42 tahun itu mahu membuat pinjaman sebanyak $3,400 (RM16,292.80) dengan menggunakan tandatangan bapa saudaranya itu.

Menerusi rakaman CCTV, Erika dilihat menipu dengan cuba berinteraksi dengan bapa saudaranya yang jelas kelihatan pucat sambil memegang kepalanya yang terlentok.

Pihak bank terus menghubungi pihak polis melaporkan kecurigaan mereka terhadap perbuatan Erika.

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian bertindak menahan Erika sebelum menghubungi pihak hospital dan mengesahkan lelaki di atas kerusi roda tersebut sudah pun meninggal dunia.

Sumber: Aplikasi X, TMZ

SKIP THIS AD ×