Pelakon jelita, Nora Danish menitipkan pesanan buat wanita untuk memperbanyakkan istighfar dan amalan bersedekah.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Letih Ingatkan Anak Lelaki Untuk Solat Lima Waktu & Zikir – ‘Dari Itulah Allah Akan Lindungi’
Pesanan kepada wanita
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian dimuat naik semula (repost) pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif berkata, amalan itu perlulah dilakukan khususnya buat mereka yang banyak mengata serta mengumpat orang lain.
Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan bahawa kita perlu perbanyakkan istighfar dan bersedekah.
Dan bila bersedekah niat kan, ‘Ya Allah sedekah ini aku khususkan kepada mereka yang aku zalimi, mereka yang berhak ke atas diriku’.
Tambah pelakon filem ‘Polis Evo’ itu lagi, seseorang itu juga perlu bertaubat daripada dosa yang dilakukan supaya tidak menjadi muflis akhirat.
Kalau kita nak minta maaf pada setiap orang yang kita umpat memang tak logik lah kan?
Lagi-lagi, mereka itu kita tak pernah berjumpa pun. Jadi, amalkan sedekah ini dan sentiasa bertaubat.
Supaya tak muflis akhirat kerana dah menjadi kebiasaan kita suka ‘membawang’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan dan nasihat yang disampaikan Nora.
Komen netizen
‘
Sumber: Threads Nora Danish