berita

Wanita Hamil Luar Nikah Tergamak Bin & Bintikan Anak Dengan Nama Suami, Sanggup Biar Keturunan Rosak

November 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

anak luar nikah

Gambar sekadar hiasan

Seorang peguam syarie mendedahkan terdapat segelintir wanita bertindak menyembunyikan kehamilan mereka daripada bakal suami sehingga mendatangkan impak buruk terhadap keturunan.

Artikel Berkaitan: Ditalak Lepas 6 Bulan Kahwin, Pelakon Gugurkan Kandungan Luar Nikah Lepas Dipujuk Keluarga Mentua

Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Lari Lepas Akad Nikah, Malu Bersanding Dengan Isteri Hamil Luar Nikah?

Wanita risau bakal suami tak terima

anak luar nikah

Gambar sekadar hiasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, peguam syarie yang dikenali sebagai Nabilah Rahim mendedahkan perkara tersebut berdasarkan kes yang pernah dikendalikannya.

Menurutnya, segelintir wanita sanggup berbuat demikian kerana risau bakal suami mereka tidak mahu meneruskan perkahwinan.

Banyak kes yang datang kepada saya, perempuan sudah mengandung dan telah menyembunyikan kandungan sebab takut bakal suami tak nak terima. Akhirnya dibin dan dibintikan dengan suami.

Nabilah menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah salah kerana ia merosakan nasab selain berkata punca kes seperti itu berlaku adalah disebabkan oleh pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Benda ini salah sebab ini akan merosakkan keturunan. Kena berterus terang, jangan menipu bab hukum. Berdosa besar, Allahu.

Semua ini adalah berpunca dari ikhtilat.

Dalam pada itu, peguam tersebut turut menitipkan nasihat kepada bakal pengantin supaya berlaku jujur terhadap pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.

Jangan kerana takut, kita menipu sehingga menyebabkan keturunan kita rosak. Ini adalah kerosakan yang nyata sehingga membin atau bintikan kepada orang yang bukan hubungan darah daging.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×