berita

[VIDEO] Peguam Dedah Wanita Miskin Ditangkap Mencuri Kotak Pensel, Hadiah Untuk Anak Dapat Nombor 1

July 31st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Curi Kotak Pensel

Seorang peguam berkongsi sebuah kisah tentang seorang ibu yang sanggup mencuri kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anaknya yang berjaya dalam pelajaran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Berjaya Dapat Hak Jagaan Anak, Momen Anak Segan Jumpa Bapa Kandung Curi Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: 20 Tahun Bela ‘Biawak Hidup’, Isteri Kerja Kerajaan Geram Suami ‘Liat’ Hadir Mahkamah

Tak ada duit

Curi Kotak Pensel

Gambar sekadar hiasan

Menerusi hantaran di TikTok, peguam jenayah Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata beliau pernah mengendalikan sebuah kes curi yang berlaku pada tahun 1998.

Ketika itu beliau di mahkamah dan menyaksikan seorang wanita digari atas kesalahan mencuri satu set kotak pensel di sebuah pasaraya.

Difahamkan wanita tersebut tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kotak pensel buat anaknya.

Pada tahun 1998, seorang wanita berbangsa India telah dibawa dengan gari kemudian saya bertanya kepadanya mengapa ditangkap.

Katanya dia mencuri kerana dia sudah berjanji dengan anaknya bila berjaya dapat nombor satu dia akan menghadiahkan anaknya kotak pensel, harganya RM18.

Setelah dibela oleh Ahmad Zaharil, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman ringan terhadap wanita berkenaan.

Dia (guru besar) keluarkan ‘report card’ dan saya lihat memang betul budak itu dapat nombor satu. Saya pun minta guru besar itu untuk ke mahkamah bagi menerangkan perkara ini.

Puan Majistret bersetuju untuk menjatuhkan hukuman berkelakuan baik selama beberapa tahun.

Anak berjaya jadi peguam

Curi Kotak Pensel

Gambar sekadar hiasan

Setelah beberapa tahun, ketika sedang duduk di kantin, beliau menyedari dirinya sering diperhatikan oleh seseorang individu yang tidak dikenali.

Suatu hari saya duduk di kantin, ada seorang peguam dia asyik pandang saya dan senyum pada saya.

Beberapa hari kemudian dia datang menegur saya dan dia berkata ibunya mengirimkan salam kepada saya.

Tidak tahan menahan sebak, Ahmad Zaharil mengalirkan air mata setelah individu berkenaan mengakui bahawa dirinya adalah kanak-kanak yang mahukan kotak pensel tersebut dan kini dia telah menjadi seorang peguam.

Dia berkata ‘tuan mungkin tidak ingat, tapi saya adalah budak yang mahukan kotak pensel itu dan saya sekarang adalah seorang peguam.’

Berjurai air mata saya. Disebabkan saya pernah menolong budak itu dia sekarang menjadi seorang peguam dan saya selalu berjumpa dengannya. Kenangan itu takkan saya lupakan sampai mati.

@amzaharil

? original sound – amzaharil – amzaharil

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×