Siapa sangka, kalau dulu kita tengok orang tu ‘nobody‘ tapi lepas beberapa tahun bila jumpa balik dah berjaya. Mesti korang pun ada kawan-kawan macam ni. Tak disangka-sangka ‘zero to hero‘.
Kami pun dulu pernah gak meniaga tapi tak lama sebab tak kuat dengan PHD(Perasaan Hasad Dengki) orang meniaga ni. Kalau lagi teruk tu sampai main bomoh tau. Tapi itu lumrah berniaga ada naik turun, yang penting rezeki tu milik Allah. Jom baca kisah wanita ni yang dulunya merempat tapi sebab ada darah meniaga dalam tubuh lihat apa yang jadi pada dia…
Dulu 7 beradik susah senang bersama
5 pagi dah kayuh basikal
Hidup peniaga ni susah, merempat betul ke?
Dari dulu sampai sekarang jual nasi lemak
Jiwa kena kuat
Bagus akak ni, tetap setia jual nasi lemak dari dulu sampai sekarang. Tapi kalau korang nak tau sekarang bukan jual nasi lemak je. Wanita ni dah hebat sampai ada syarikat frozen sendiri. Kami kongsi ni bukan nak menunjuk cuma nak bagitau korang kat luar tu berniagalah walaupun secara kecil-kecilan.
Meskipun ekonomi tidak stabil, kita mampu untuk mengubah ekonomi kita sendiri dengan ikhtiar benda yang berfaedah dan bermanfaat. Keperitan hidup wanita ni sedikit sebanyak boleh kita jadikan ikhtibar buat masa sekarang cumanya mungkin kita dah tak perlu berdiri di perhimpunan sebab datang lambat ke sekolah.
Sumber: Facebook Iza Razali