berita

Wanita Jatuh Cinta Dengan Beg Bimbit, Kahwini Dan Namakan ‘Suaminya’ Gideon

December 17th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang wanita di Moskow, Rusia, berkahwin dengan sebuah beg bimbit besi yang diberi nama Gideon. Rain Gordon, 24 tahun, bertemu Gideon sekitar lima tahun lalu di sebuah kedai perkakas. 

Menurutnya, dia selalu tertarik dengan objek dan percaya bahawa segala benda di sekelilingnya memiliki ‘jiwa’. Setelah lama tertarik dengan objek, Rain mula tertarik dari segi rasa cinta dan seksual. Rain berkata, tarikan kepada objek itu sudah mula sejak muda.

Dituduh sakit mental

Foto: Mirror

Rain Gordon yang bekerja sebagai guru di taman kanak-kanak tersebut, mengaku jatuh cinta dengan pusat beli belah dibuka di tempat asalnya ketika usia remaja. Namun, dia merahsiakannya kerana dia yakin orang sekeliling akan menganggap dia menghidapi masalah mental atau hilang akal.

Pada zaman yang serba moden ini, Rain mula berasa selasa untuk tidak merahsiakan ‘minat’ terhadap objek. Dia juga mula mengaku dan bercerita kisah cintanya dengan beg bimbit itu kepada orang ramai. Dia juga mempunyai hasrat untuk menghancurkan pandangan serong orang ramai terhadap minatnya itu.

Pandangan Gideon membuat jantung saya berdegup kencang. Saya sangat mencintai perak, pantulan cermin dan besi. Orang tidak akan faham perasaan saya. Saya dituduh sebagai orang sakit mental dan gila. Saya takkan membiarkan orang ramai sakitkan hati saya lagi.

Menurut Rain, dia sangat cintakan ‘suaminya’ dan orang tidak akan faham perasaannya. 

Cinta pandang pertama

Foto: Mirror

Pertama kali Rain berjumpa dengan Gideon ketika membelinya pada Ogos 2015. Selepas dua bulan, Rain rasa dirinya telah jatuh cinta dengan beg bimbitnya itu. Rain dan Gideon kemudiannya terus menjalinkan hubungan pada November 2015.

Pada Jun lalu, Rain mengahwini beg bimbitnya itu. Pasangan itu dikahwinkan oleh rakannya dan majlis itu dihadiri oleh ahli keluarga rapatnya serta rakan-rakannya. Menurutnya, dia pernah ada hubungan dengan bekas pasangannya tetapi selepas dua tahun, Rain sedar bahawa dia tidak cintakan manusia, namun lebih cintakan objek. Baginya, beg bimbitnya itu lebih baik daripada manusia.

Sumber: Mirror.

SKIP THIS AD ×