Satu video telah tular di mana seorang wanita di Hainan, China kelihatan berbaring di atas jalan kerana merajuk terhadap suaminya selepas dia ditangkap berlaku curang.
Artikel Berkaitan: Wanita Sudah Bergelar Isteri Sanggup Jual Kereta Demi Kahwin Dengan Kekasih Hati
Memujuknya pulang
Menerusi laporan Tribun News, wanita itu mahu suaminya untuk memujuknya pulang ke rumah bersama.
Seorang pejalan kaki yang bernama Song, menyangka wanita itu mungkin mengalami depresi ataupun mabuk sehingga dia terbaring di atas jalan.
Dia mahu membantu wanita tersebut tetapi tidak dihiraukan sebelum mula menyedari wanita itu sebenarnya tidak mabuk.
Sewaktu Song ingin beredar, seorang individu pergi kepadanya dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurut individu itu, suami Truong baru saja menangkapnya berlaku curang di sebuah hotel sehingga menyebabkan mereka bertengkar di tepi jalan.
Ketika bertengkar, Truong meminta suaminya untuk membawa pulang dengan cara berbaring tetapi melihat tindakan tidak tahu malu itu membuatkan dirinya ditinggalkan di jalanan begitu saja.
Mendengar cerita itu, Song agak terkejut dan tidak percaya kejadian mengarut seperti itu boleh berlaku.
Saya telah bertemu dengan ramai orang yang tidak tahu malu, tetapi saya tidak pernah menghadapi kes seperti ini.
Dia mengkhianati suaminya, itu salah dia, tetapi dia masih berbohong dan meminta suaminya untuk memujuknya pulang?
Sumber: Tribun News