Sebelum ini, seorang duta produk telah melakukan permohonan maaf selepas video dia mengeluarkan kata-kata perlian kepada seorang wanita viral di media sosial. Duta produk itu turut meminta maaf atas apa yang berlaku di sebuah restoran popular di Melaka.
Artikel berkaitan: Gara-Gara ‘Body Shamming’ Melampau, Pengasas Produk Bakal Disaman
Menerusi laporan Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Suharnizan Sidek, telah membuat laporan polis susulan dakwaan duta produk yang menghina bentuk fizikalnya menerusi media sosial.
Sebar tanpa kebenaran
Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan. Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan. Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya.
Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghina rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen.
Menurut Suharnizan, duta produk itu telah memaparkan gambarnya beserta anaknya tanpa memperoleh kebenaran. Jelasnya lagi, isu tersebut berlaku selepas dia meninggalkan komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ di akaun media sosial duta tersebut.
Tekanan dan trauma
Sekadar gambar hiasan
Saya mengalami tekanan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja. Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyarankan tuntutan sivil dibuat terhadap individu itu.
Di samping itu, Suharnizan memberitahu bahawa ada pihak yang tidak dikenali telah menggunakan fotonya bagi mewujudkan akaun Facebook dan Page yang palsu. Bukan itu sahaja, paparan video tersebut juga viral di Youtube. Menurut peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan, notis tuntutan sivil kepada duta produk tersebut telah dihantar. Tambah beliau, notis tersebut merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.
Jelas beliau lagi, ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pelaku boleh dipenjara tidak melebihi setahun dan denda tidak melebihi RM50 ribu atau kedua-duanya.
Sumber: Berita Harian