Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Kak Ti, meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah disaman oleh pihak polis atas alasan tidak memakai pelitup muka sewaktu keluar dari kenderaan untuk mengambil anak di kerusi sebelah.
Artikel berkaitan: Wanita Berang Dakwa Dikompaun RM1k Tak Pakai Mask Ketika Ambil Anak Di Kerusi Kereta
Susulan daripada itu, Kak Ti menunjukkan rakaman CCTV bagi menyangkal dakwaan polis bahawa ada orang lain berdekatan dengannya ketika kejadian.
Tunggu mahkamah
Aku bukan nak give up awal ke apa. tapi nampaknya kes aku ni mcm xda future ja ? hadoiii. da bagi bukti cctv tempat x sesak pun senyap je. video duration 6 minit yg aku ada. tp x reti nak post video panjang. aku redha. tunggu mahkamah maha Esa je la. ha gitu. 4 polis, aku, anak2 https://t.co/iCYBtPHYTD pic.twitter.com/DPqy1uG8S4
— kakti (@kakti64) January 21, 2021
Menerusi rakaman yang dikongsikan itu, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari keretanya sebelum sebuah kereta polis berhenti dan seorang anggota mendekatinya. Menurut Kak Ti, dia didenda di depan kafenya di Segamat, Johor pada 20 Jan lalu kerana tidak memakai pelitup muka. Tambahnya, ketika itu dia sedang mengeluarkan anaknya dari kereta dan tiada orang lain di sekitar kawasan berkenaan.
Pertahankan denda yang dikenakan
Bagaimanapun, menerusi laporan Malaysiakini, Ketua Polis Johor, Ayub Khan Mydin mempertahankan denda yang dikenakan dan berkata ada orang lain di kawasan itu ketika kejadian.
Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali.
Disoal pula mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik itu, Ayub memaklumkan bahawa Polis Johor tidak akan membuat sebarang komen lanjut berkenaan kes tersebut. Kak Ti juga mendakwa bantahan yang dibuat terhadap denda tersebut tidak akan membuahkan hasil.
Sumber: Kak Ti & Malaysiakini