Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kesal terhadap mentua yang memintanya untuk memberikan salah seorang anak kepada kakak iparnya.
Artikel Berkaitan: ‘Depan Orang Terpaling Acah Baik Mak Mentua Dari Syurga Tapi Hakikatnya Dari Neraka! Sibuk Atur Hidup Aku & Suami’
Baru lepas bersalin kembar tiga
Menerusi perkongsian dibuat kepada @meingl, wanita itu memaklumkan dia baru sahaja melahirkan anak kembar tiga sekitar bulan lepas.
Manakala kakak iparnya pula difahamkan sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Apa yang menggeramkan ialah, ibu mentuanya meminta agar dia memberikan salah seorang anaknya itu kepada kakak ipar dengan alasan bahawa dia masih lagi mempunyai dua orang bayi.
Mak mentua cuba cakap dengan suami minta cakap elok-elok dengan saya, memang tak lah saya nak bagi.
Mentua cakap juga dah ada tiga anak, kalau bagi satu ada lagi dua. Tak luak pun.
Senang eh jadi orang tua? Saya yang mengandung bawa perut kehulu-kehilir, senang-senang ja nak ambil anak.
Suami pula dilabel anak derhaka
Walau bagaimanapun, wanita ini begitu bersyukur kerana suaminya tidak bersetuju dengan permintaan mentuanya itu.
Namun, keputusan itu pula disalah erti sehinggakan suaminya dilabel sebagai seorang anak yang derhaka dan tidak mengenang budi.
Tak tahulah kalau kakak ipar saya terlibat tapi walau apa pun, anak saya tetap anak saya.
Kalau nak menumpang kasih anak, boleh ja datang rumah bila-bila kamu nak.
Tak perlu nak main ambil anak orang macam anak kucing.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkejut dengan situasi yang perlu dihadapi wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan mentua wanita itu yang sewenang-wenangnya mahu membuat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Komen netizen
Sumber: TikTok