Gambar sekadar hiasan
Di aplikasi Threads, seorang wanita yang pernah berkhidmat di sebuah agensi kerajaan mencuri perhatian apabila berkongsi mengenai pengalamannya menguruskan kebajikan seorang penyakit HIV.
Artikel Berkaitan: Bisul & Lidah Berkulat, Wanita Terkedu Dijangkiti HIV..Rupanya Arwah Suami Pernah ‘Makan Luar’ Masa Hidup
Pesakit seorang ‘housekeeper’ hotel
Gambar sekadar hiasan
Menerusi perkongsian yang dibuat @ejafami, pada ketika itu dia diminta untuk membantu urusan tuntutan kewangan seorang pesakit HIV sewaktu dirinya bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dulu ketika saya bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan, saya mempunyai pandangan serong dan rasa takut nak berjumpa pesakit HIV secara fizikal.
Saya mengaku pemikiran saya bodoh masa tu. Mana tidaknya, saya selalu baca mengenai penyakit HIV atau AIDS semua daripada gaya hidup tak sihat dan liar jadi apabila nak berhadapan (timbul) perasaan seram lah sikit.
Saya pun hubungi pesakit nak ‘set’ berjumpa tapi dia tak nak dan minta saya temubual melalui panggilan telefon saja.
Tambah wanita itu, dia kemudiannya cuba untuk ‘mengorek’ rahsia daripada pesakit berkenaan tentang bagaimana dirinya boleh dijangkiti HIV.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar jawapan yang diberikan bekas ‘housekeeper’ berusia 38 tahun itu.
Masa itu saya tanya, ‘Cik tahu dapat daripada mana penyakit HIV ini?’. Kata pesakit itu, dia dapat secara tidak sengaja.
Masa itu saya tanya apa maksud dia. Rupanya dia sebelum ini tukang cuci dekat hotel di Kuala Lumpur.
Tahu tak macam mana dia dapat HIV? Masa dia kemas kutip sisa kotoran di hotel, jari dia tercucuk dengan jarum picagari.
Picagari itu milik penginap sebelum ni yang sudah ‘check out’. Pesta apa entah si penginap hotel tu anjurkan.
Disebabkan kecuaian penginap, dia sudah merisikokan nyawa ‘housekeeper’ yang tak ada kena mengena.
Rasa bersalah dalam diri
Gambar sekadar hiasan
Di akhir hantaran, wanita ini berasa sungguh kecewa kerana’housekeeper’ itu dijangkiti HIV bukan kerana silapnya sendiri tetapi disebabkan oleh kecuaian pihak lain.
Tambah wanita itu lagi, dia juga kecewa dengan dirinya yang sebelum ini sering memberikan tanggapan buruk terhadap pesakit HIV.
Ya, pembantu hotel ini dapat HIV bukan sebab diri sendiri atau gaya hidup tapi akibat kemalangan di tempat kerja.
Masa itu saya terdiam, terduduk dengar. Waktu dalam perjalanan balik ke rumah, saya menangis dan terngiang-ngiang dengar cerita kakak tersebut.
Apa lah salah kakak pembantu hotel, sampai macam ini nasib dia. Saya rasa bersalah dekat diri sendiri sebab ‘judge’ dia terlalu awal dan pandang serong.
Wanita itu tak bersalah. Pengalaman dekat tempat kerja lama ini banyak mengajar saya realiti dalam kehidupan bermasyarakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib pesakit itu dan mendoakan agar segala urusannya dipermudah.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi Threads