Niat baik seorang wanita menolong seorang kanak-kanak telah menjadi tanda tanya segelintir netizen. Menerusi Twitter Hanan, dia kongsi kisah seorang budak lelaki berusia lingkungan 13 tahun yang keseorangan di kawasan parkir KLCC. Budak lelaki tersebut datang menghampirinya bukan untuk mengemis tetapi hanya menceritakan kisah hidupnya yang tinggal berseorangan.
Di sebabkan kisahnya yang sedih, Hanan membantu budak tersebut dengan membelikan sedikit makanan dan duit tambang balik. Namun, rata-rata netizen mendakwa bahawa itu merupakan teknik terbaru scammer dari golongan kanak-kanak yang berkeliaran di ibu negara.
Berbaju besar dan membawa sebotol air
Dia menceritakan bahawa budak lelaki tersebut menghampirinya sewaktu dia berada di dalam kereta. Keadaan budak tersebut yang memakai baju besar dan hanya membawa botol air mineral dan sekeping kertas menarik perhatiannya untuk berkomunikasi dengan budak tersebut.
Boleh tak akak hantar saya balik?
Melalui perbualan mereka berdua, budak lelaki itu hanya meminta tolong untuk menghantarnya pulang ke rumah yang terletak di Wangsa Maju.
Akak bagi duit saya balik dengan Grab
Akak belikan roti boleh gak
Reka cerita sedih
Bagi RM50 kat dia
Nak hantar dia balik tapi hari dah lewat
Teruskan buat benda baik
Rata-rata netizen beranggapan untuk teruskan niat baik walaupun tidak tahu asal usul budak tersebut. Apa yang terjadi antara mereka dan tuhan.
Pengalaman sama dikongsi netizen
Ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama serta modus operandi yang sama dilakukan oleh budak tersebut. Ramai juga yang terjatuh dalam jerat kisah sedih budak tersebut.
Sumber: Hanan