berita

Wanita Kongsi Pengalaman Berkhatan Anak Lelaki Seawal 3 Bulan

April 8th, 2019 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Tak ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk sunatkan bayi lelaki mereka sewaktu kecil. Tambahan, budaya masyarakat Melayu lebih cenderung untuk sunatkan anak lelaki mereka setelah mencecah usia 7 tahun ke atas.

Sakinah Zainol menerusi laman Facebook kongsi pengalaman sunatkan bayi lelakinya dan sebab mengapa bayi lelaki perlu disunatkan pada usia bayi menurut nasihat doktor.

Pengalaman sunat baby Ziyad


Sejak baby Ziyad dalam perut ibu lagi, ibu dan abah dah plan nak sunat baby Ziyad masa baby. Ibu buat research semua cakap okay. Mudah jaga baby sebab kecil lagi kan. Luka pon cepat sembuh. Ibu pon okay je la. Sampai la masanya appointment dengan doktor 3 pm. Masa ni umur baby Ziyad 3 bulan lebih. Ibu baca seeloknya buat sebelum baby boleh meniarap. Nanti bila dah meniarap susah kita nak handle. Hehe.

Sampai saja di klinik. Ibu dukung baby Ziyad keluar kereta. Sejurus masuk dalam klinik. Doktor yang bertugas dah siap tunggu depan pintu. Suruh ibu masuk dalam bilik operation. Gugup ibu tak sempat nak tarik nafas. Masuk dalam bilik tu, doktor yang lain bagi dua kerusi suruh abah dan ibu duduk. Ibu cakap ibu tak kuat. Ibu takut. Doktor cakap tak apa. Ibu boleh keluar.

Masa ibu kat luar, tiba-tiba kuat tangisan baby Ziyad. Ibu dah tak keruan dengar. Ibu kuatkan diri masuk teman baby Ziyad. Tengok dia menangis meronta-ronta. Ibu peluk dan pujuk dia. Sepanjang proses berjalan sampai berakhir, baby Ziyad nangis tak berhenti. Sambil doktor dok buat tu, mata ibu tengok apa doktor tengah buat. Scary uii depan mata nampak kulit anak sendiri dipotong guna kaedah Laser.

Kotoran pada bawah lapisan ‘kudup’


Doktor cakap tengok ni. Kotornya bawah lapisan ‘kudup’ baby Ziyad. Ibu tengok banyak selaput keputihan terkumpul. Itu terhasil dari air kencing yang tak keluar sepenuhnya. Doktor cakap, sebab tu Islam galakkan bayi lelaki disunat awal. Ada anak lelaki terpaksa disunat on the spot sebab jangkitan pada kemaluan dia. Setengah ada yang bahagian lubang kemaluan tertutup dek kotoran tadi tu.

Selesai saja proses bersunat, ibu susukan baby Ziyad. Ibu lega sebab dia dah berhenti nangis. Masa dalam kereta on the way balik rumah pon cool ja. Sejam berlalu, kesan ubat bius habis. Baby Ziyad nangis sekuat-kuatnya. Ibu abah pujuk tak jalan. Saat tu ibu rasa menyesal sunatkan anak ibu awal. Abah pujuk suruh ibu kuat. Dan kena cool.

Kami bergilir-gilir dukung baby Ziyad. Bagi susu tak nak. Maklumlah tengah sakit. Ibu pam susu suap guna sudu saja. Semalaman baby Ziyad nangis. Dalam pukul 10 tu baby Ziyad dah betul-betul lapar. Ibu cuba riba dan bagi susu. Alhamdulillah, baby Ziyad tak menolak. Lama dia menyusu sampai tertidur.

Akhirnya dia senyum

Malam tu baby Ziyad terjaga 5-6 kali macam tu. Ibu tengok abah tak tidur pon sebab pantau baby Ziyad. Sentiasa pastikan pampers dia tak berlaga dengan bebird dia. Sentiasa tukar pampers setiap 2 jam sekali. Setiap kali dia kencing pon tukar. Pukul 4.30 pagi baby Ziyad bangun celik mata luas. Masa tu dia dah start senyum. Happy ibu. Maklumlah rindu semalaman tak tengok senyuman dia. Hari kedua baby Ziyad dah semakin okay. Nangis pon bila pampers berlaga bebird dia saja.

Saja ibu sharing kisah pengalaman sunat baby boy. Sebab apa yang ibu search sebelum ni. Semua yang ibu jumpa manis dan indah saja. Ibu saja bagitau perkara sebenar supaya ibu ayah yang nak sunatkan baby kuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sekian dari ibu. Ibu harap suatu hari nanti anak ibu dapat baca pengalaman sunat ni.

Sekadar perkongsian, ada beberapa teknik khatan bayi lelaki yang ditawarkan di klinik-klinik. Banyakkan membaca yang mana lebih baik. Ini antara teknik-tekniknya ialah Laser, Smart Klamp, Plastibel dan Tissue Glue. Baby Ziyad guna kaedah laser. Jadi kena jahit. Huhu. Ibu survey clamp is better. Tapi area subang tak ada kaedah clamp. Dan tak banyak klinik buat sunat bayi lelaki.

Sumber: Sakinah Zainol

SKIP THIS AD ×