Apa perasaan korang apabila perlu menyaksikan perkara yang ‘meloyakan’ sewaktu sedang sedap menikmati juadah makanan di restoran? Mesti rasa nak muntah kan balik makanan tu kan?
Artikel Berkaitan: Mabuk & Berkelakuan Lucah, Pelakon Didenda RM20..Rupanya Tersenarai Sebagai Orang Dikehendaki
Bogel sebelum kencing di restoran
Itulah yang terjadi kepada beberapa orang pelanggan di sebuah restoran di China yang perlu menyaksikan perkara ‘meloyakan’ itu di depan mata mereka sendiri.
Memetik laporan Daily Star, seorang wanita yang dipercayai mabuk dilihat sedang berlegar-legar dalam keadaan berbogel di perkarangan restoran tersebut di hadapan pelanggan yang lain.
Difahamkan, wanita yang tidak didedahkan namanya itu berada dalam keadaan mabuk yang sangat teruk selepas dipercayai telah mengambil banyak minuman keras.
Lebih teruk, wanita berkenaan bertindak menanggalkan seluarnya sebelum membuang air kecil di atas meja makannya.
Tindakan tidak senonohnya itu kemudiannya dirakam oleh pelanggan yang lain di restoran tersebut.
Sumber: Daily Star