Sekitar bulan Mei yang lalu, seorang wanita di Mesir mengejutkan orang ramai apabila bertindak kejam selepas tergamak memenggal sebelum memakan kepala anaknya yang baru berusia lima tahun.
Artikel Berkaitan: Ibu Cekik, Cincang & Makan Kepala Anak Usia 5 Tahun, Alasan ‘Nak Tinggal Bersama Selamanya’
Tubuh badan anak ditemui dalam baldi
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Daily Mail, mahkamah kemudiannya memutuskan suspek yang bernama Hanaa Mohamed Hassan tidak layak untuk membuat sebarang pengakuan ketika kes pembunuhan anaknya dibicarakan.
Ini kerana, panel hakim mendapati Hanaa berada dalam keadaan tidak siuman ketika membunuh anaknya yang bernama Youssef dan perlu ditahan di unit psikiatri.
Namun begitu, sebelum keputusan tersebut dibuat, pasukan pendakwa raya menegaskan bahawa Hanaa bertindak kejam kerana takut kehilangan hak penjagaan anaknya itu kepada bekas suaminya.
Laporan awal psikiatri juga mendedahkan wanita itu bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatannya.
Perbuatannya itu seolah-olah dirancang kerana dia berjaya memperoleh kayu serta parang. Bukan itu sahaja, Hanaa juga berupaya mengunci semua pintu dan tingkap sebelum melakukan perbuatan tersebut.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan bahawa Hanaa ditahan selepas bapa saudara mangsa itu menemukan beberapa bahagian tubuh badan anak buahnya itu di dalam baldi di kediamannya.
Selepas ditahan, Hanaa memaklumkan dirinya memukul kepala anaknya itu selama empat kali sebelum memenggal dan mengerat badannya kepada beberapa bahagian di dalam bilik air.
Selepas memenggal, Hanaa memasak kepala serta bahagian lain tubuh badan anaknya di dalam air mendidih sebelum memakannya.
Hanaa mendedahkan dia berbuat demikian kerana beranggapan anaknya itu boleh kekal bersama dengannya buat selama-lamanya.
Selepas ditahan, Hanaa mendakwa dirinya mempunyai masalah kesihatan mental dan tidak berniat untuk membunuh anaknya itu.
Hanaa kini diperintahkan untuk menjalani rawatan psikiatri di Hospital Kesihatan Mental dan Neurologi Abbasiya di Kaherah.
Sumber: Daily Mail