berita

Wanita Maut Dihempap Kereta Terjunam Setinggi Enam Meter

December 3rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang wanita maut dalam keadaan yang menyedihkan selepas dihempap sebuah kereta yang terjatuh dari tempat parkir kereta setinggi enam meter di Kondominium Green Land Park, Jelutong, Pulau Pinang, pagi tadi. 

Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 11:50 pagi tadi selepas mayat Kim Hui Ping, 49 tahun, ditemui di bawah kereta jenis Toyota Vios dengan kecedaraan parah pada seluruh anggota badan. 

Berjalan lalu dihempap kereta

Foto: Mohd Redzuan

Wanita berusia 49 tahun itu sedang berjalan lalu dihempap kereta yang terjunam dari ketinggian kira-kira 6 meter. Siasatan dapati kereta itu dipandu oleh seorang warga emas berusia 71 tahun yang cedera dan turut tersepit dalam kenderaannya. 

Menurut laporan Harian Metro, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 11:54 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. Menurut laporan itu, sebaik sahaja pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati pemandu kereta itu tersepit dalam kenderaannya.

Anggota memberi rawatan awal kepada pemandu kereta tersebut sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang, manakala mangsa yang dihempap dilaporkan mati di tempat kejadian

Usaha membawa keluar mayat wanita itu mengambil masa kurang 15 minit dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Mohd Redzuan, Harian Metro.

SKIP THIS AD ×