berita

Wanita Maut Terjatuh Dari Jambatan 40 Meter Ketika Leka Merakam Rusa

November 8th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Malang menimpa seorang wanita di Jepun apabila maut akibat terjatuh 40 meter dari jambatan ketika merakam rusa liar.

Artikel Berkaitan: Model Hamil Dua Bulan Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri, Mayat Disumbat Dalam Peti Sejuk

Artikel Berkaitan: Isteri Maut Dirempuh Kereta Dipandu Remaja 14 Tahun, Suami Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Dalam perjalanan ke kawasan pergunungan

Menerusi laporan The Straits Times, wanita itu bersama bapa dan rakan-rakannya dalam perjalanan ke pergunungan untuk melihat rusa liar berkeliaran di habitat semula jadi mereka.

Menurut pihak berkuasa, wanita tersebut telah meninggalkan kenderaan yang dinaiki lalu pergi ke jambatan untuk merakam rusa dan haiwan lain menggunakan telefonnya.

Walau bagaimanapun, kejadian yang tidak diingini berlaku apabila wanita itu terjatuh dari jambatan.

Balai Polis Shimoda berkata dia telah jatuh 40 meter dari jambatan dan dia ditemui di kawasan lembah.

Wanita itu disahkan meninggal dunia di hospital dan sehingga kini siasatan sedang dijalankan susulan kejadian berkenaan.

Sumber: The Straits Times

SKIP THIS AD ×