berita

Wanita Nak Buang Sihir Berdepan Detik Hitam, Disuruh Masuk Dalam Bilik Sebelum Badan & Kemaluan Digomol Bomoh

May 31st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita berdepan dengan detik hitam apabila hasratnya yang mahu mendapatkan rawatan sihir bertukar tragedi selepas dia mendakwa dicabul seorang pengamal perubatan tradisional di Damansara

Artikel Berkaitan: Bomoh Rogol Remaja Ketika Berubat, Dakwa Nak Buang ‘Hantu Tempayan’

Badan & kemaluan digomol

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika mangsa hadir ke sebuah pusat rawatan tradisional di Damansara bersama tunangnya untuk membuang sihir yang ada dibadannya.

Mangsa mendakwa disuruh memasuki sebuah bilik dan semasa proses rawatan, lelaki itu menyentuh bahagian badan dan kemaluannya beberapa kali.

Sebaik selesai rawatan, lelaki itu menyuruh mangsa mandi dan meneruskan semula sesi rawatan mereka yang mengambil masa lebih dua jam.

Semasa rawatan kedua itu, mangsa mendakwa diperlakukan perkara sama ke atas dirinya menyebabkan dia berasa takut lalu keluar dari bilik berkenaan.

Mangsa kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada tunangnya sebelum membuat laporan polis kerana trauma dengan perbuatan terkutuk pengamal perubatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan bahawa suspek sudahpun ditahan reman selama sehari namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×