berita

Wanita OKU Bawa Kereta Lawan Arus Hingga Sebabkan Kematian Akhirnya Dipenjara 5 Tahun

June 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tiga tahun lepas, Malaysia dikejutkan dengan satu kemalangan yang melibatkan seorang pemandu yang didapati memandu secara melawan arus. Kejadian yang berlaku pada 14 Mac 2017 telah mengorbankan nyawa seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh merupakan model sambilan yang turut memegang kad Orang Kelainan Upaya (masalah pembelajaran) telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan didenda sebanyak RM1800 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Menangis memandang ibu

Ng Pei Ven berusia 22 tahun dilihat menangis sambil memandang ibunya ketika Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman terhadapnya. Selain itu, mahkamah turut membatalkan lesen memandu percubaan tertuduh. Kes didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian.

Minta rayuan penangguhan hukuman

Selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, peguam tertuduh meminta untuk penangguhan pelaksanaan hukuman untuk anak guamnya bagi membuat rayuan. Pihak mahkamah bersetuju tetapi tertuduh diminta membayar ikat jamin sebanyak RM5000.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×