berita

Wanita OKU Jumpa Jodoh Di Majlis Tahlil Arwah Ibu

March 17th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang hadir pada majlis tahlil arwah ibunya.

Artikel Berkaitan: MK Dalam Fasa ‘Mencari’ Jodoh

Artikel Berkaitan: ‘Jodoh Kami Sampai Di Sini, Doakan Saya’ Anak-Anak Reda.. – Isteri Hafidz Roshdi

Dilamar

Memetik laporan Berita Harian, wanita dikenali sebagai Zauyah Deraman, 37, ini sama sekali tidak menyangka bakal menerima lamaran daripada Mohd Abdul Rahman Yah, 37, sebagai suri hati ketika baru sahaja kehilangan insan tercinta.

Pemergian (arwah) mek pada 2 Februari lalu memberi kesan sangat hebat pada saya dan memang hidup saya ketika itu terumbang ambing.

Saya sekeluarga sepakat untuk menjemput seseorang untuk mengaji (al-Quran) di rumah dan sehingga ke hari kedua masih tiada yang sudi sehinggalah saya meminta bantuan dari seorang rakan untuk mencari.

Mohd Abdul Rahman datang ke rumah pada petang hari ketiga untuk membacakan al-Quran seterusnya memimpin majlis tahlil mek dan dari situlah bermula segala-galanya.

Dalam pada itu, Zauyah yang dalam keadaan sangat memerlukan seseorang sebagai pelindung, lantas menerima lamaran berkenaan dengan hati yang terbuka. Hal ini kerana, dia hanya menetap berdua bersama ibunya, Fatimah Yusoff, 74, di rumah pusaka selepas tujuh adik beradiknya yang lain sudah berumahtangga dan tinggal di berasingan.

Tanpa berfikir panjang saya segera bersetuju walau ketika itu fikiran masih kosong dan langsung tidak mengenali gerangan bakal suami tapi yang penting saya tidak ingin tinggalkan rumah ini yang menyimpan banyak kenangan bersama arwah mek.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan beberapa hari selepas itu kami bertunang dan genap 40 hari mek tiada, kami melangsungkan perkahwinan semalam.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×