berita

Wanita Positif Covid-19 Maut Dalam Kereta Selepas 3 Jam Tunggu Rawatan

May 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Umumnya mengetahui, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang tinggi di negara India dan angka pesakit positif di negara berkenaan sudah melebihi 19.6 juta dan mencatatkan sebanyak 216k kematian.

Artikel Berkaitan:Ribuan Hadir Ke Festival Keagamaan Di Sungai Ganges, India Kini Berdepan ‘Tsunami’ Covid-19

Difahamkan, peningkatan kes yang berlaku di sana dipercayai merebak dengan cepat berikutan rakyatnya yang menghadiri festival keagamaan di Sungai Ganges, tanpa mematuhi standard operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Ibu muda meninggal

Foto: Metro

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Metro, seorang ibu muda yang berkhidmat sebagai jurutera telah meninggal dunia di dalam kereta di parkir lot sebuah hospital setelah tiga jam menunggu untuk mendapatkan katil. Difahamkan, wanita itu sudah dijangkiti Covid-19 dan dibawa oleh rakannya bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Wanita yang dikenali sebagai Jagriti Gupta, 35, menghembuskan nafas yang terakhir di kawasan tempat letak kereta sebuah hospital di bandar Noida, India. Ujar seorang saksi yang berada di tempat kejadian, dia melihat bagaiaman rakan Gupta berlari sambil meminta pertolongan namun, tiada siapa di siti yang membantunya.

Dia (Gupta) tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.30 petang. Ketika itu, rakannya telah pergi ke bahagian pendaftaran untuk melaporkan Gupta sudah tidak bernafas. Kakitangan hospital kemudiannya mengesahkan Gupta sudah meninggal dunia.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×