berita

Wanita Rugi RM8000 Beli Emas Di Facebook, Dah Buat 4 Transaksi Baru ‘Sedar’ Ditipu!

December 15th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang wanita dari Kuala Rompin diperdaya apabila membuat urusan pembelian barang kemas yang bernilai RM8,000 menerusi laman sosial Facebook pada Ahad yang lalu. Pembelian barang kemas secara atas talian merupakan langkah yang tidak selamat dan kemungkinan besar boleh menghadapi kerugian. 

Menurut laporan yang dipetik dari Sinar Harian, mangsa merupakan seorang wanita berusia 35 tahun tertarik selepas melihat iklan jualan promosi barang kemas di laman sosial.

Taktik siarkan iklan palsu

Sekadar gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, suspek menyiarkan iklan yang palsu dengan menggunakan nama sebuah kedai emas yang wujud. 

Menurutnya, mangsa kemudian dihubungi seorang wanita yang menyamar sebagai pekerja kedai emas tersebut melalui aplikasi Whatsapp dan ditawarkan gelang emas seberat 21 gram pada harga RM4,600.

Namun, suspek meminta mangsa untuk membuat bayaran ke dalam akaun seorang lelaki. Tambahnya lagi, suspek juga meminta mangsa membayar jumlah tambahan sebanyak RM2,000 dengan alasan berat gelang tersebut 31 gram apabila ditimbang semula. 

Bayaran tambahan itu dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua individu melalui tiga transaksi pada 11 Disember. Keesokannya, mangsa sekali lagi diminta membayar tambahan RM1,500 dengan alasan berat gelang tersebut adalah 38 gram dan empat transaksi dilakukan.

Mohd Wazir menambah, mangsa menghubungi kedai emas tersebut untuk bertanya dan membuat semakan pembayaran. Katanya, pekerja kedai emas itu tidak mengetahui nombor-nombor akaun yang telah digunakan mangsa untuk melakukan pembayaran. 

Wanita itu kemudiannya menyedari bahawa dirinya telah ditipu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin, semalam. Menurut pihak polis, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian.

SKIP THIS AD ×