Foto: Norunajwa
Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayang merupakan momen yang sukar untuk diterima. Namun, kita sebagai hambaNya perlu reda dan akur dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Artikel Berkaitan:‘Walaupun Berat, Tapi Saya Sekeluarga Reda & Ikhlas’ – Ibu Tabah Anak Hidap Kanser Darah Dijemput Ilahi
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Norunajwa menerusi Kelab Anak Sepahkan Apa Hari Ini? menceritakan anak keduanya yang melepaskan rindu buat abangnya yang telah dijemput menghadap Sang Pencipta menerusi satu lukisan. Perkongsian tersebut secara tidak langsung, membuatkan netizen berasa sebak.
Rindu seorang adik
Foto: Norunajwa
Jelas wanita ini, pada mulanya dia mendapat pesanan menerusi aplikasi Whatsapp daripada guru tadika yang menceritakan anaknya telah diberikan tugasan, untuk melukis apa sahaja yang mereka inginkan. Lukisan tersebut secara tidak langsung membuatkan si ibu dan guru tersebut berasa sebak dan tersentuh melihat kanak-kanak kecil itu yang melukis arwah abangya.
Bila melihat hasil lukisan si anak, hati saya sebak. Gambar yang penuh makna tersirat. Lukisan hati seorang adik yang merindui abangnya. Rindu yang diluahkan melalui sebuah lukisan. Si Abang yang sangat rapat dengannya. Kini terpisah antara dua dunia. Dalam gambar tu, semua gambar berambut. Kecuali gambar yang di pusara itu
Botak tidak berambut.
Menerusi kertas lukisan tersebut, dapat dilihat potret keluarga mereka, namun apa yang menyedihkan apabila gambar abangnya dipercayai dilukis sedang berada di dalam tanah ditambah hiasan bunga yang mekar di atas pusaranya.
Abang Adam tidak berambut kesan daripada kimo. Tapi si Adik langsung tak pernah mempersendakan rambut si abang yang tiada rambut. Setiap malam tak pernah gagal sedekahkan Al-Fatihah untuk si Abang. Moga Allah gantikan setiap kerinduan kamu dengan seribu kebaikan dan hikmah.
Al-Fatihah
Sumber: Norunajwa via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?