Siapa sangka majlis perkahwinan yang meriah di daerah Takhah wilayah Ha Tinh, Vietnam bertukar menjadi kacau-bilau apabila bekas teman wanita pengantin lelaki menyerbunya dan membaling tanah liat kepada pengantin perempuan.
Artikel Berkaitan: Cemburu Punca Jururawat Dibunuh Suami, Mayat Berlumuran Darah Dibalut Selimut Tebal
Artikel Berkaitan: Tak Nak Kantoi Ada Skandal, Wanita Lempar Anak Dari Balkoni Sampai Mati
Baling tanah liat
Menerusi laporan Thaiger News, insiden tersebut viral di media sosial Vietnam. Pada waktu berkenaan, pengantin perempuan sedang bersiap sedia untuk majlis berarak. Namun, tiba-tiba dia didatangi seorang perempuan yang membawa tanah liat.
Video yang dikongsi turut menyaksikan pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam majlis sebelum seorang wanita membaling tanah liat kepada mereka.
Selepas ‘membalas dendam’ dia melarikan diri dari tempat kejadian dan menyebabkan seluruh muka pengantin dipenuhi kotoran tanah liat. Pada masa sama, orang ramai bergegas membersihkan pengantin dan majlis bersambung seperti biasa.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Tempatan, Chen Ba Huan, wanita yang membaling tanah liat itu adalah bekas teman wanita pengantin lelaki. Pasangan itu sebelum ini pernah menjalin hubungan dan mempunyai seorang anak. Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki tidak merestui hubungan mereka dan menghalangnya untuk berkahwin.
Menurut laporan, kes itu masih disiasat oleh pihak polis
Sumber: Thaiger News