berita

Wanita Singapura Meninggal Dunia Seminggu Selepas Disahkan Bebas Covid-19

May 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita warganegara Singapura, Salha Mesbee disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 yang lalu akibat komplikasi dari Covid-19.

Positif Covid-19 selepas pulang dari Turki

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mothership.sg. Salha Mesbee yang berusia 58 tahun itu merupakan pesakit kes yang ke 703 dan merupakan pesakit pertama termuda yang tewas dengan wabak maut tersebut.

Menurut sumber, arwah dan suaminya disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari berbulan madu di Turki pada 26 Mac 2020 yang lalu sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka. Lebih menyedihkan apabila itu merupakan percutian berbulan madu pertama mereka selepas 38 tahun mendirikan rumah tangga.

Ahli keluarga turut dijangkiti

Difahamkan, dua orang anak lelaki arwah turut positif Covid-19. Salah seorang daripada anak arwah dijangkiti selepas pulang dari lapangan terbang untuk mengambil ibu bapanya manakala seorang lagi anak arwah yang duduk serumah dengannya turut dijangkiti Covid-19.

Keempat-empat anak beranak ini kemudian telah dirawat di Hospital Ng Teng Fong dan kesemua mereka akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang. Tetapi sayangnya, hanya arwah sahaja tidak dibenarkan keluar daripada wad kerana mengalami komplikasi. Anak sulungnya, Noraisah memberitahu bahawa ibunya sebelum ini berada dalam keadaan sihat dan langsung tidak mempunyai latar belakang penyakit lain.

Ibu dimasukkan ke ICU kerana paru-parunya lemah, tekanan darahnya rendah, kemudian jangkitan mula merebak ke organ lain seperti ginjal dan hati. Doktor kata dia antara pesakit yang paling tenat.

Bebas Covid-19

Menceritakan kisah itu, Noraisah memberitahu bahawa seminggu sebelum ibunya meninggal, pihak hospital telah mengesahkan bahawa ibunya itu sudah bebas Covid-19 tetapi malangnya kesan selepas jangkitan telah menyebabkan keadaan tubuh badannya semakin lemah dan buruk.

Pada keesokan paginya, doktor memaklumkan ibunya itu tidak menunjukkan sebarang respon terhadap cahaya. Doktor kemudian melakukan CT scan dan mereka mendapati Salha Mesbee mengalami bengkak pada bahagian otaknya.

Keesokan paginya doktor mengesahkan otaknya didapati mati, dan beliau bergantung kepada sistem sokongan hayat. Kami perlu membuat keputusan untuk meneruskan atau membenarkan mama pergi.

Seminggu kemudian, Salha Mesbee telah disahkan meninggal dunia.

Redha dengan pemergian ibu

Sementara iru, Noraisah turut meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama mereka sekeluarga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berjumpa dengan arwah ibunya itu buat kali terakhir.

Amat merisaukan jika tak dapat jumpanya buat kali terakhir. Itu satu perkara yang sangat kami syukuri. Bila kami dapat bawa mama pulang dan memberikan pengebumian yang normal, itu amat menggembirakan keluarga kami.

Noraisah mengakui mereka sekeluarga pada ketika ini sangat merasai kehilangan dan berduka dengan berita pemergian ibu tersayang.

Sumber: Mothership.sg, Berita Mediacorp

SKIP THIS AD ×