Seorang wanita tetap meneruskan larian meskipun terberak di dalam seluar ketika sedang mengikuti perlumbaan marathon.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Tahan Sangat Lah Tu! Wanita Terberak Di Lantai Kafe, Pelanggan Nyaris Tergelincir Terpijak Najis
Terberak sambil berlari
Menurut Tamara Torlkason, 31, dia sedang berlari marathon di Pantai Long Beach Mountains 2 di Ojai, California dan mendapati dirinya dalam keadaan melekit.
Biarpun terdapat najis di dalam seluar pendeknya, Tamara tetap meneruskan larian sehingga ke garisan penamat.
Ketika melepasi garisan penamat, Tamara menjerit kepada keluarganya, ‘Saya membuang air besar (terberak) di dalam seluar.’
Selepas itu, Tamara terus pergi membersihkan diri di tandas.
Biarpun terberak namun Tamara tidak merasakan insiden itu memalukan sebaliknya mampu tersenyum bangga apabila berjaya memecahkan rekod baharu menerusi perlumbaan berkenaan.
Sumber: Dailystar