Pukau merupakan salah satu amalan ilmu sihir yang digunakan seseorang untuk memukau mangsa supaya tertidur, kaku hingga membuatkan mangsa menuruti sahaja kemahuan si pemukau. Meskipun ‘pukau’ bukanlah sesuatu perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, namun masih ramai lagi yang kurang peka mengenai perkara tersebut.
Terbaru, seorang wanita menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi pengalaman jiran di hadapan rumahnya dipercayai hampir dipukau oleh seseorang yang tidak dikenali.
Macam mana dia masuk?
Berdasarkan perkongsian Ruqaiyyah Annamirah di Facebook, wanita ini mendakwa kejadian cemas itu berlaku sekitar jam 5:20 pagi di mana pada ketika itu, terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah berlegar-legar di kawasan unit lot mereka yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Kemudian, wanita ini mendakwa terlihat seorang individu yang dipercayai merupakan seorang warga emas yang bertongkat telah masuk ke kawasan rumah jirannya.
Betul-betul depan rumah kami. Jiran depan rumah ni Indian and diorang ada bela anjing hitam yang besar untuk jaga rumah, orag tua ni boleh buka sangkar dan main dengan anjing hitam besar. Ya Allah scarry. Bila dia sedar ada orang nampak, dia tak lari pun. Dia tenung dan berjalan slow-slow ke belakang rumah .
Dah buat laporan polis
Dakwa wanita ini lagi, apabila warga emas terbabit menyedari tindakannya itu diperhatikan, dia terus beredar dari situ dan menuju ke belakang rumah. Lebih menimbulkan tanda tanya adalah bagaimana individu terbabit boleh masuk ke dalam kawasan rumah sedangkan kawasan perumahan itu menggunakan pagar automatik.
Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain. Dan dah banyak hari kawasan rumah kami asyik jadi blackout tiba-tiba. Alarm akan bunyi tiba-tiba jam 4 5 pagi. Pagi tadi pun jadi lagi. Husband dah banyak kali dengar bunyi orang kuis-kuis batu kerikil tepi rumah.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mendakwa sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan disebabkan pihak berkuasa tidak nampak apa-apa motif lain, maka mereka mendakwa kemungkinan individu tersebut adalah orang kurang siuman.
Namun, wanita ini seakan tidak percaya kerana baginya agak mustahil orang kurang siuman akan masuk ke rumah orang pada jam 5 pagi dan boleh ‘menembusi’ pagar automatik. Dia mengakui kejadian itu sangat misteri selain risau dengan keselamatan anak-anaknya di rumah.
Sumber: Ruqaiyyah Annamirah