Seorang wanita Thailand meminta perlindungan daripada Saimai Survive selepas bekas suaminya mengancam untuk membunuhnya dan keluarganya.
Artikel Berkaitan: Ancaman Bom Di Pusat Beli-Belah Dipercayai Dilakukan Lelaki Warga Asing
Punya keluarga lain
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, bekas suaminya mendakwa dia mengenali pesuruhjaya Polis Diraja Thai (RTP) dan tidak takut dengan tindakan undang-undang.
Menurut mangsa yang bernama Ya, dia telah menjalin hubungan dengan bekas suaminya kira-kira empat hingga lima tahun dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bersama.
Walau bagaimanapun, Ya mendapati bekas suaminya sudah pun mempunyai keluarga lain sebelum dia menjalinkan hubungan dengannya.
Ya turut mendedahkan bahawa bekas suaminya dan seorang lagi wanita juga mempunyai anak dan disebabkan itu dia membuat keputusan untuk berpisah dengannya dan memulakan hidup baru tanpanya.
Selepas dua tahun berpisah, Ya mula bercinta dengan suaminya sekarang dan mempunyai seorang lagi anak perempuan.
Hantar mesej ancaman
Gambar sekadar hiasan
Sementara itu, bekas suami Ya telah menghantar satu mesej di mana dia mengancam untuk mencederakan suaminya dan mematahkan kakinya.
Bukan itu sahaja, dia juga menghubungi anak perempuannya, memberi amaran tentang kemungkinan kehilangan ibunya.
Tambah Ya, bekas suaminya telah memasuki ke rumahnya sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan keretanya. Selain itu, dia turut menyerang suami Ya dan bagi mempertahankan diri, dia terpaksa menikam suspek.
Namun, tindakan itu lebih menimbulkan kemarahan kepada bekas suaminya dan dia berjanji untuk memastikan suami Ya berakhir di penjara.
Walaupun Ya sudah membuat laporan, pihak polis tidak memberikan sebarang perlindungan kepadanya mahupun keluarganya.
Disebabkan itu, Ya dan keluarganya terpaksa keluar dari rumah untuk melarikan diri bekas teman lelakinya.
Sumber: Thaiger News