berita

Warga Asing Dibenar Masuk Malaysia Jika Pasangan Sakit Atau Meninggal Dunia, Harus Tunjuk Bukti

July 8th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Warga asing yang mempunyai pasangan warganegara telah dibenarkan masuk ke negara ini dengan memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jika hanya berlaku kes kesakitan atau kematian. Perkara ini disahkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media hari ini.

Boleh terus masuk negara

Kalau yang memegang visa pasangan, mereka boleh terus masuk ke negara kita terutama dari Singapura – mereka boleh terus masuk.

Sabri Yaakob berkata bagi individu asing yang mempunyai visa pasangan juga dibenarkan masuk ke negara ini terutamanya mereka yang dari Singapura.

Kemuka bukti untuk rentas

Kalau mereka tidak mempunyai visa pasangan, mereka masih boleh mohon kepada JIM sekiranya berlaku kematian atau sakit, mereka boleh kemukakan bukti kalau isteri sakit di sini.

Ada bukti sakit dari hospital dan benar isteri atau pasangan sedang dirawat dan dalam keadaan kritikal sebagainya, buktikan kepada JIM, insyaAllah JIM akan benarkan.

Bagi yang tidak memilika visa, mereka boleh memohon kepada JIM dan menyerahkan bukti sekiranya berlaku situasi tidak diingini.

Sumber : Astro Awani , Harian metro

SKIP THIS AD ×