berita

Warga Asing Gemar Ambil Gambar Wanita & Kanak-Kanak Kena Cekup

October 3rd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Jumlah pendatang asing di Malaysia yang semakin meningkat dari sehari ke sehari sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk negara ini. Apa yang dibimbangkan oleh masyarakat menjadi kenyataan kerana beberapa kes jenayah kebelakangan ini melibatkan pendatang asing!

Seorang pengguna Facebook, Muntadhar Sanek menceritakan pengalaman menangkap seorang warga asing yang berkelakuan pelik. Apabila diperiksa, lelaki warga asing itu sebenarnya sedang mengambil gambar tubuh wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan koleksi. Kejadian yang berlaku di Taman Melati Gombak itu viral di Facebook dan menerima respon pelbagai daripada netizen.

Perempuan dijadikan sasaran

MEREKA MEMANG MELAMPAU.

Rutin setiap jumaat, aku bawa anak-anak dan isteri ke pasar malam di Taman Melati. Cari juadah pengubah selera. Tapi ego aku di usik 360 darjah dan aku pun bertindak sebagai seorang bapa dan suami. Anda nilaikan tindakan aku tapi jangan lupa nilaikan si pesalah ini.

Aku perasan seorang lelaki asing sedang mengambil gambar. Tapi subjek gambar yang di ambil membuat aku tersentak. Tidak mau tersalah hukum, tapi aku takut tersalah ampun. Aku melintasi si pelaku. Dengan pantas dia menghentikan kelakuannya.

Naluri lelaki membisik agar aku menoleh semula kebelakang. Seperti yang di jangka, gangguan seksual menerusi alat media canggih berlaku di depan mata. Pantang mundur musuh di depan mata. Aku tau ini di bawah akta jenayah kekerasan. Aku tangkap dan terus merampas telefon pintar si pelaku.

Sedikit pergelutan dan aku terus membawa si pelaku terus ke Balai Polis Taman Melati. Masyarakat awam hanya memandang. Ada yang bertiarak “jangan bergaduh nak , pasar malam ni” Malang sedikit kerana Balai Polis itu tidak lagi beroperasi, talian kecemasan terus di hubungi. Unit Peronda Balai Polis memberitahu mereka dalam perjalanan kesini .

884 keping gambar, semua gambar berkaitan perempuan tidak kira bangsa, tempat dan agama. 
Gambar kanak-kanak perempuan, tubuh badan perempuan, aktiviti perempuan. Semua kaum hawa di jadikan sasaran tidak kira tua atau muda dan yang paling memyakitkan hati. Gambar kanak-kanak juga turut termasuk dalam 884. Adakah kalian terkejut, marah atau biasa-biasa je?

Dia pernah ditangkap dengan kesalahan sama

Ego lelaki aku naik mendadak namun masih terkawal. Cuma tangan dan kaki ku tidak mampu di kawal. Bergerak tanpa aku berjaya mengawal. Aku bukan bang sajjat atau bang safi. Aku hanya terbayang bagaimana jika anak atau isteri atau ahli keluarga atau sesiapa yang aku kenal. Marah aku pun terus meletus tatkala dia menyebut kaliah suci Allah. Mujur ada orang awam yang masuk campur. Mereka turut marahkan si pelaku ini dan memperosalkan beliau yang hanya menyebut ALLAH setelah di tangkap. Semasa melakukan kesalahan ini, adakah di lupa pada ALLAH.

Aku cukup terkilan. Ada segelintir manusia yang mempersoalkan tindakan aku. Sudah aku terangkan dan bukti yang terang lagi bersuluh. Manusia itu terus mengambil “positive thinker” dan membela si pelaku , “dia kan cuma ambil gambar je, bukan gambar bogel pun”. Aku tidak mahu berbahas panjang. Dengan 884 keping gambar semua subjeknya adalah wanita. Masih berfikiran positif ? Takkan nak tunggu gambar bogel sanak saudara menjadi viral dan tular baru sibuk nak menggelepar ?

Orang sekeliling sudah mula kecoh , ada yang melepaskan buah kenangan pada si pelaku. Cuma lebih ramai yang menghemburkan kata-kata marah dan ada yang hanya mengambil gambar. Datang seorang manusia lagi mempertahankan si pelaku , tanpa bertanya terus mencemu tindakan kami. Nasib si pelaku terus malang. Datang seorang lelaki mengenal pasti wajahnya. Sah, si pelaku pernah di tangkap di kawasan sama dengan jenayah sama. Lebih teruk di bulan puasa. Cuma si pelaku di lepaskan tanpa sebarang aduan dan laporan.

Dua manusia yang membela si pelaku terus tarik “reverse gear”. Aku berlapang dada kerana aku tidak tersalah hukum dan aku tak tersalah ampun. Cuma mujur peronda Polis tiba tepat pada masanya. Cuma aku pula yang di suruh ke Balai polis untuk memberi keterangan. Dan ketika aku menulis cerita ini yang seperti novel fiksyen. Pihak Polis tidak tahu ingin mengklasifikasikan kes ini di bawah akta apa. Dan kemungkinan si pelaku di bebaskan.

Aku bersedia membantu andai mana-mana agensi mengambil serius kes ini dan di bawa ke peringkat lebih tinggi. “Hari ini kita belum kena , boleh jadi esok lusa anak bini kita terkena, ketika itu anda dimana?”

Sumber: Muntadhar Sanek

SKIP THIS AD ×